Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Izwan Abdullah, mualaf yang dituduh melarikan anak bawah jagaan bekas isterinya yang beragama Hindu enggan mengulas tuduhan itu dan menyerahkannya kepada peguam untuk penjelasan.
 
Izwan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau khuatir sebarang kenyataannya akan menjejaskan kedudukan beliau dalam pertikaian tentang hak penjagaan anaknya di mahkamah.
 
Menurutnya, peguam beliau akan menjawab "semua soalan" berkisar kontroversi hak penjagaan anaknya yang menjadi perhatian media sekarang ini, pada Isnin depan.
 
"Boleh tanya pada peguam saya, dia akan jawab semua pada hari Isnin nanti," katanya kepada sewaktu dihubungi.
 
Izwan yang nama asalnya N Viran didakwa merampas anaknya yang berusia enam tahun dari bekas isteri, S Deepa yang mendapat hak penjagaan daripada mahkamah sivil pada 9 April lalu.
 
Izwan didakwa melarikan anak mereka berumur enam tahun dua hari selepas itu keputusan itu.
 
Mahkamah seterusnya menetapkan, status agama kedua-dua anak tersebut bagaimanapun perlu diputuskan dalam perbicaraan lain.
 
Isteri beliau pada hari sama kejadian membuat laporan polis dan menggesa agar berkuasa bertindak terhadap suaminya yang didakwa menghina perintah mahkamah.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimana pun berkata polis tidak akan bertindak terhadap Izwan.

Ini kerana, walaupun Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan kepada Deepa, Mahkamah Syariah pula membuat keputusan sebaliknya..

 
Polemik kes itu kini mengundang perbincangan hangat pelbagai pihak.
ADS