Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali menyanggah kenyataan setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bahawa PKR adalah sebuah parti berasaskan Melayu.

 

"Tidak, PKR tidak pernah menjadi parti berasaskan Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

 

"PKR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan budaya politik yang baru dibawa ke dalam sistem politik Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

 

Azmin mengulas kenyataan Saifuddin yang diterbitkan oleh New Straits Times pada Jumaat lalu, yang mendakwa realitinya PKR adalah sebuah parti berasaskan Melayu.

Saifuddin yang merupakan salah seorang pencabar Azmin untuk jawatan timbalan presiden, berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mengenai komposisi kaum para calon yang bergandingan dengan Saifuddin.

Saifuddin, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar pada hari Selasa lalu mengumumkan pembentukan satu pakatan untuk pemilihan PKR.

[Baca berita penuh]

ADS