Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menangkis spekulasi berhubung pembabitan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam peristiwa kehilangan pesawat MH370.

“Jika ada, saya tidak fikir kita akan lihat kehadiran besar AS (Amerika Syarikat) di sini,” katanya, merujuk kepada pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas memeriksa persediaan untuk pameran tersebut yang akan bermula esok di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Beliau ditanya mengenai satu rencana dalam Mingguan Malaysia minggu lalu yang mengaitkan CIA dengan kehilangan MH370 dan usaha untuk menjejaskan hubungan Malaysia dan China.

“Seperti media barat lain, mereka bebas untuk melaporkan apa sahaja.

“Tetapi akhirnya, jika laporan itu tidak benar, mereka akan hilang kredibiliti,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]

ADS