Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes rayuan Khir Toyo tangguh lagi
Diterbitkan:  Apr 15, 2014 11:00 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Rayuan akhir bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo terhadap sabitan kes rasuah yang dijadual hari ini di Mahkamah Persekutuan ditangguh lagi ke suatu masa yang belum ditetapkan.

Ini ekoran peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ( kanan ) sedang berada di Jepun untuk mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean untuk Hak Asasi Manusia.

Ketua komunikasi korporat Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply berkata, pendaftar menerima permohonan penangguhan itu pada 10 April.

“Oleh kerana beliau kata mewakili Malaysia, mahkamah membenarkan penangguhan itu minggu lalu,” katanya.

Penangguhan kali ini yang kedua selepas penangguhan pada 6 Februari lalu ke hari ini.

Kes itu bagaimanapun tidak dikeluarkan daripada senarai mahkamah.

[Baca berita penuh]

ADS