Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nancy: Mahkamah disaran bincang mekanisme selesai isu

Mahkamah syariah dan mahkamah sivil disaran bersama-sama mencari penyelesaian berkaitan pertikaian yang membabitkan orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

    

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata sudah tiba masanya kedua-dua mahkamah bekerjasama untuk mencadangkan mekanisme yang sesuai bagi menyelesaikan isu itu kerana undang-undang sedia ada mempunyai dua sistem berbeza bagi orang Islam dan bukan Islam.

    

"Kedua-dua mahkamah ini harus melihat aspek di sebalik perundangan dan duduk semeja dengan menganalisis isu yang sering dibangkitkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mahkamah Tinggi Pembinaan Kuala Lumpur dan Shah Alam di Jalan Duta semalam.

    

Beliau diminta mengulas kes seorang mualaf Izwan Abdullah yang bertindak mengambil anak lelakinya daripada jagaan bekas isteri, S Deepa, pada 8 April lepas di Jelebu, Negeri Sembilan.

    

Nancy berkata isu itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Rabu ini.

    

Pada 7 April lepas, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan hak penjagaan dua anak pasangan berkenaan diberi kepada Deepa yang beragama Hindu, sedangkan Izwan sebelum itu telahpun mendapat hak penjagaan bagi kedua-dua anaknya di Mahkamah Syariah.

    

-Bernama

ADS