Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Had kedalaman: Bluefin kembali ke permukaan
Diterbitkan:  Apr 15, 2014 12:56 PM
Dikemaskini: 5:34 AM

Pencarian pesawat MH370 diteruskan hari ini dengan sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal di kawasan operasi, menurut Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC).

Kawasan pencarian itu seluas 62,063 kilometer persegi pada jarak kira-kira 2,170 kilometer di barat Perth.

Menurut JACC, mereka juga bercadang untuk menugaskan semula kenderaan bawah air Bluefin-21 hari ini sekiranya cuaca mengizinkan.

Angin di kawasan pencarian bertiup ke arah tenggara, dengan hujan dan ribut petir di beberapa tempat. Ombak dijangka setinggi dua meter dengan jarak penglihatan lima kilometer.

Bluefin-21 ditugaskan pada kali pertama pada malam tadi, namun misi tersebut dibatalkan apabila ia melampaui tahap kedalaman.

"Selepas menyiapkan sekitar enam jam misnya (semalam) Bluefin-21 melampaui had kedalaman operasinya 4,500 dan kelengkapan keselamatannya mengembalikannya ke permukaan.

“Data enam jam yang dikumpulan oleh kenderaan bawah air itu kini sedang dikeluarkan dan dianalisis,” kata JACC.

JACC memutuskan untuk memulakan tugas imejan di dasar laut menggunakan alat tersebut selang enam hari selepas gagal mengesan sebarang isyarat akustik yang konsisten dengan isyarat kotak hitam MH370.

[Baca berita penuh]

ADS