Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Teo tak fikir anaknya tertekan?
Diterbitkan:  Apr 15, 2014 6:38 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Wanita MCA mengecam tindakan ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching kerana membawa bayi beliau ke bangunan Parlimen beberapa kali dalam membangkitkan isu kekurangan kemudahan penjagaan kanak-kanak di bangunan itu.

Ketua Biro Publisiti Wanita MCA Ivone Low mendakwa perbuatan Teo itu hanya bertujuan “mencuri perhatian” dan telah memberi tekanan yang tidak perlu kepada kanak-kanak tersebut.

"Sekalipun ada keperluan (untuk membuka) pusat penjagaan kanak-kanak di Parlimen, dia (Teo) tidak sepatutnya membawa anak beliau ke Dewan. Tindakan beliau hanya bertujuan mencuri perhatian.

"Adakah dia terfikir dengan tekanan yang perlu bayi beliau hadapi akibat didedahkan kepada awam?," soal Low.

Teo membawa anak perempuannya Jinger Gan semasa bayi itu berusia empat bulan ke Parlimen pada November 2012.

Beliau juga membawa seorang lagi anaknya Eger Gan pada 9 April lalu ketika bayi itu berusia berusia dua bulan untuk menarik perhatian ke atas isu kekurangan kemudahan penjagaan kanak-kanak di bangunan Parlimen, tidak seperti di negara lain.

Beliau disertai MP Kelana Jaya Wong Chen, MP Tanjong Ng Wei Aik dan MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang turut menyertai Teo membawa anak mereka ke Parlimen pada hari tersebut.

Baca berita penuh

ADS