Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis Pulau Pinang menjadi perhatian lagi ekoran satu lagi kes kematian dalam tahanan.

Terkini, buruh 37 tahun Murugan Muniandy meninggal dunia di di Hospital Seberang Jaya ekoran jangkitan paru-paru dua hari lalu.

Bapa kepada tiga anak yang tinggal bersama ibunya di Teluk Indah Prai ditahan selepas disyaki memiliki dadah di rumahnya pada jam 1.30 petang pada 31 Mac.

Pada hari berikutnya, dia dihantar ke Hospital Bukit Mertajam dan diwadkan untuk lima hari sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Gambar diambil oleh keluarga selepas 10 hari didakwa menunjukkan kesan lebam di dada, lengan, bahu, paha dan rusuk.

Mayatnya dibakar pada Ahad.

[Baca berita penuh]

ADS