Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kawasan Paka di Terengganu masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 115 setakat 7 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan mencatat bacaan IPU sederhana pagi ini iaitu Alor Setar (51), Bakar Arang (Sungai Petani)(51), Tanah Merah (52), Nilai (57), Balok Baru (Kuantan)(73), Kangar (58) dan Kemaman (57).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Kualiti udara di kawasan lain di seluruh negara dikategorikan sebagai baik.

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU dari semasa ke semasa.

- Bernama

ADS