Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pentadbiran kerajaan negeri yang menurutnya tidak berusaha sebaiknya dalam menyelesaikan isu rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak seharusnya mengharapkan usaha Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan tindakan Peguam Negara semata-mata.

"Kerajaan negeri sepatutnya mengambil inisiatif memulangkan kembali Bible tersebut tetapi dengan syarat ia dilarang untuk disebarkan di kalangan orang Islam.

“Saya yakin pihak gereja tiada masalah dalam perkara ini," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Anwar mengulas mengenai kritikan keras oleh DAP hari ini yang menyalahkan Khalid susulan pengumuman BSM untuk berpindah keluar dari Selangor bagi mengelakkan bidang kuasa JAIS.

Menurut Anwar, kenyataan MP DAP Gobind Singh Deo itu mewakili pandangan banyak pihak dan Pakatan menerima kritikan seperti itu atas semangat demokrasi.

"Pandangan (Gobind) dikongsi banyak pihak. Saya fikir ia keras tetapi Pakatan adalah demokratik. Kami bukan BN. Ini mungkin perkara baru di Malaysia,” katanya.

Anwar berkata, beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan Gobind bahawa menteri besar itu tidak berminat untuk menyelesaikan isu berkenaan.

"Itu perisa yang dia (Gobind) tambah sendiri. Saya fikir ada minat tetapi lebih insiatif perlu ditunjuk kepada rakyat," katanya.

[Berita penuh menyusul]

ADS