Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MH370: 'Panel antarabangsa bukti ketelusan Malaysia'
Diterbitkan:  Apr 16, 2014 4:47 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Kementerian Pengangkutan mencadangkan kepada kabinet supaya inkuiri panel pakar antarabangsa dibentuk bagi mengkaji kehilangan MH370, sekali gus membuktikan kerajaan Malaysia telus.

“Kabinet akan membincangkan kertas berkaitan inkuiri panel pakar antarabangsa yang akan ditubuhkan sebagai sebahagian daripada proses ketelusan yang sedang berjalan bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia tidak menyembunyikan sesuatu.

“Kita menubuhkan panel inkuiri terdiri dari pakar-pakar seluruh dunia... yang dihormati, berwibawa dan akan membuat siasatan dan keputusan tanpa rasa takut dan memihak,” kata pemangku menteri pengangkutan Hishammudin Hussein.

Bercakap kepada pemberita, Hishammudin berkata, panel itu terpisah daripada tiga panel yang diketuai timbalan menteri berkaitan hubungan dengan waris MH370, teknikal dan perkara berkaitan aset.

Ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur, beliau berkata, kabinet akan saiz panel itu dan akan membuat pengumuman berkaitan.

[Baca berita penuh]

ADS