Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua buruh warga Indonesia parah selepas bahagian depan sebuah rumah teres dua tingkat yang sedang dalam proses pengubahsuaian, tiba-tiba runtuh di Jalan Sulam Satu, Seksyen 19, di Shah Alam semalam.

    

Kedua-dua mangsa yang hanya dikenalpasti sebagai Suji dan Merasat, berumur dalam lingkungan 40-an, masing-masing mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan tengkuk.

    

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 8.30 pagi tadi daripada orang awam, memberitahu tentang kejadian itu.

    

"Dua mangsa berkenaan cedera parah... mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama.  

    

Beliau berkata ketika kejadian itu, terdapat empat pekerja warga Indonesia melakukan kerja mengubahsuai.

    

Punca runtuhan masih disiasat, katanya.

ADS