Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Juruterbang dipecat kes penampilan, tuang kerja
Diterbitkan:  Apr 17, 2014 11:58 AM
Dikemaskini: 4:06 AM

Sebuah syarikat penerbangan menamatkan khidmat seorang juruterbangnya yang sering ditampilkan dalam laporan rangkaian berita CNN untuk liputan kes pesawat MH370.

Pemilik syarikat Ufly, Claudio Teixeira berkata juruterbang itu dipecat kerana sering tuang kerja dan berpakaian kasual dalam alat simulator penerbangan, lapor Associated Press .

Menurut Teixeira, beliau menerima banyak aduan berhubung tindakan juruterbang berkenaan, Mitchell Casado yang menurutnya “tidak profesional”.

“Walaupun saya benarkan dia (Mitchell Casado) muncul di TV, beliau memalukan kami rakyat Kanada dan memalukan syarikat saya dengan cara dia berpakaian seperti budak 15 tahun.

“Orang mengadu bahawa ia sangat tidak profesional... Jika anda pergi ke mana-mana kapal terbang, anda tidak melihat (juruterbang) memakai seluar pendek dan selipar,” kata Teixeira.

Casado dan seorang wartawan CNN dilaporkan menghabiskan banyak masa dalam alat simulator Boeing 777 untuk menunjukkan apa yang mungkin berlaku kepada pesawat tersebut dalam senario berbeza.

[Baca berita penuh]

ADS