Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu 'perkauman': Mohd Noor dikecam lagi
Diterbitkan:  Apr 17, 2014 4:28 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah diselar lagi hari ini, kali ini atas kenyataannya bahawa patung Hindu dan Buddha tidak harus dipamerkan kepada umum kerana didakwa bertentangan dengan Islam.

"Pemuda MIC berpendapat ia satu penghinaan bila bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah menyatakan pandangannya bahawa patung besar (seperti) di kuil Hindu di Batu Caves dan kuil Buddha di Pulau Pinang bertentangan dengan ajaran Islam kerana agama itu menghalang penyembahan berhala.

“Oleh itu Pemuda MIC memberi amaran kepada supaya tidak mengeluarkan kenyataan 'sentimen perkauman' yang menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia,” kata ketua Pemuda MIC C Sivarraajh dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada satu laporan disiakran portal Malay Mail Online semalam.

Mohd Noor dilaporkan berkata patung “dewa bukan Islam tidak harus dibina di tempat terbuka, tetapi ditempatkan di kawasan bangunan tertutup”.

Mohd Noor pada Mei lalu menerima kecaman kerana memberi amaran kepada masyarakat Cina kerana tidak menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu.

Kenyataannya itu malah menyebabkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumpamakan Mohd Noor sebagai kumpulan pelampau kulit putih Amerika, Ku Klux Klan.

[Baca berita penuh]

ADS