Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nyalaan lilin di KL dan P Pinang untuk Karpal
Diterbitkan:  Apr 19, 2014 2:34 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Majlis nyalaan lilin diadakan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk mengenang mendiang Karpal Singh yang maut dalam satu nahas jalan raya pada awal pagi 17 April.

Di Pulau Pinang, kira-kira 100 orang hadir ke acara anjuran pelajar undang-undang Kolej ATC di Padang Kota, dan hadirin menyalakan  lilin dan meletakkannya di atas kain rentang yang tertulis nama Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius.

Michael, 39, maut bersama majikannya yang berusia 74 tahun

dalam satu nahas tersebut berhampiran laluan keluar Gopeng di Lebuh Raya Utara Selatan.

Sewaktu mereka yang berkabung menulis pesanan mereka di atas kain rentang, orang ramai memegang lilin dan bertafakur selama seminit untuk mendoakan roh mendiang Karpal dan Michael.

Penganjur acara, Sanjey Balaraman berkata pelajar-pelajar kolej itu tergerak untuk mengadakan majlis tersebut kerana Karpal merupakan ikon badan perundangan yang menjadi inspirasi kepada mereka untuk mengikuti pengajian undang-undang.

[Baca berita penuh]

ADS