Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes MH370: M'sia, Australia rangka perjanjian
Diterbitkan:  Apr 20, 2014 10:00 AM
Dikemaskini: 2:10 AM

"Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat).

Malaysia dan Australia dijangka menandatangani perjanjian bagi menetapkan pihak mana yang akan mengendali bangkai dan kotak hitam Malaysia Airlines Penerbangan MH370, jika ditemui.   

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata perjanjian itu dalam proses penggubalan dan beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenainya buat masa ini.

"Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat).

"Sebaik saja kami dapat bereskan butiran dengan Australia, kami akan dapat memberi lebih banyak maklumat kepada media," katanya pada persidangan akhbar dipengerusikan oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkembangan berhubung pencarian MH370 di Kuala Lumpur semalam.  

Hadir sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

- Bernama

ADS