Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan dua mangsa culik oleh kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah dalam keadaan selamat.

Beliau mengulas perkara itu apabila diminta memberikan laporan terkini berhubung perkara itu.

"Mangsa selamat, kita masih lagi menjalankan siasatan dan mendapat kerjasama daripada pihak keselamatan negara China dan Filipina," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ucapan persidangan tahunan Persatuan Akademik Polis Antarabangsa Ketiga.

Pada 2 April lalu, Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Singamata Reef Resort Sabah oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Kumpulan penculik dua wanita di Resort Singamata, Semporna Sabah meminta wang tebusan bernilai RM36.4 juta bagi membebaskan wanita China yang juga seorang pelajar, Gao Hua Yuan, 29.

Melalui nota yang diterima kementerian dalam negeri daripada kumpulan penculik tersebut dan telah menghantar pasukan untuk berunding dengan orang tengah berhubung perkara berkenaan.

Katanya, wang tebusan itu hanya melibatkan Hua Yuan tetapi tiada tuntutan terhadap seorang lagi mangsa iaitu pekerja wanita resort itu berasal dari Filipina, Marcy Dayawan atau Mimi, 40.

ADS