Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penulis biografi: Karpal mahu anak ganti tempatnya

Penulis buku biografi Karpal Singh, Tim Donoghue mendakwa mendiang pernah menyatakan hasrat agar anak lelaki peguam tersohor tersebut Ramkarpal akan menjadi pengganti sebagai MP.

Penulis buku 'Karpal Singh – Tiger of Jelutong' itu mendakwa Karpal memberitahunya beberapa kali ketika berbual mengenai kes hasutan terhadap Sultan Perak, yang dihadapi mendiang.

Menurut Donoghue, Karpal memberitahunya bahawa Ramkarpal akan menggantikan tempatnya sebagai MP sekiranya sabitan kes hasutan itu berakhir dengan hukuman penjara.

"Karpal memberitahu saya banyak kali, jika beliau dikenakan boleh pemerintah apabila tewas rayuan hasutan itu, penggantinya tentu sekali Ramkarpal,” kata wartawan veteran itu.

Donoghue juga mendakwa, beliau menyaksikan sendiri rancangan Karpal ketika mendiang hadir untuk berucap dalam satu ceramah pada malam sebelum pilihan raya umum, Mei 2013.

“Terdapat kira-kira 100,000 orang di padang di Pulau Pinang. Atas sebab tertentu, si bapa memberitahu anaknya, 'kamu patut bangun dan berucap'.

"Saya fikir beliau cuba mengatakan, dalam fikirannya, beliau sangat berharap agar penggantinya untuk kawasan parlimen Jelutong adalah anaknya, Ramkarpal,” katanya.

Menurut Donoghue, Ramkarpal bersama ibunya Gurmit Kaur dan adiknya Sangeet, mengatur strategi untuk kempen Bukit Gelugor yang membolehkan Karpal meraih majoriti 41,000 undi.

[Baca berita penuh]

ADS