Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan: Hudud boleh cetus krisis perlembagaan
Diterbitkan:  Apr 21, 2014 5:55 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Jika desakan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan berjaya dilakukan melalui Parlimen, ia akan mencetuskan “krisis perlembagaan” di negara ini, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.

Langkah itu akan membentuk "dua set undang-undang jenayah" di negara ini, Tan ( kiri ) berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Tiada peruntukan untuk perlaksanaan hudud di bawah perlembagaan persekutuan negara kita dan ia tidak pernah dipersetujui sejak Malaysia dibentuk," katanya.

Tan berkata demikian ekoran usah PAS membentangkan rang undang-undang persendirian bagi memberi laluan ke arah pelaksanaan hukum Islam itu dibuat, kemungkinan pada Jun.

Tan juga mengingatkan orang ramai bahawa menolak hudud bukan bermaksud “menentang undang-undang Islam dan prinsipnya”.

“Ia persoalan sama ada praktikal melakukannya dan patutkan melepaskan prinsip dalam perlembagaan persekutuan,” tambahnya.

[Baca berita penuh]

ADS