Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak sangka begitu ramai hadir ke pengebumian'
Diterbitkan:  Apr 22, 2014 4:34 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Keluarga mendiang Karpal Singh menyatakan rasa terkejut dan bangga dengan kehadiran begitu ramai ke upacara pengebumian peguam tersohor tersebut di Pulau Pinang, Ahad lalu.

Katanya, keluarga itu menghargai penghormatan berkenaan, yang ditunjukkan oleh ribuan yang hadir walau tidak diminta.

"Kami sangat bangga dengan penghargaan dan pengiktirafan kepada Karpal. Saya sendiri terkejut dengan reaksi orang ramai,” kata Jagdeep Singh Deo dalam satu sidang media di Komtar hari ini.

Mendiang bapanya itu serta pembantu, Michael Cornelius Jayakrishnan, 39, terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya awal pagi Khamis lalu di Perak.

Lebih 15,000 orang memenuhi jalan di Georgetown untuk memberi penghormatan terakhir kepada MP tersebut dalam majlis penghormatan negeri yang diadakan di Dewan Sri Pinang.

Dalam sidang media hari ini, Jagdeep yang diiringi ibunya Gurmit Kaur, serta adik beradiknya memohon maaf sekiranya mereka tidak dapat mengawal perasaan, terutama dalam kejadian di tempat pembakaran mayat.

“Saya harap anda semua faham dengan keadaan yang kami alami,” katanya.

Katanya, abu mayat mendiang ditabur di Straits Quay, Pulau Pinang katanya.

[Baca berita penuh]

ADS