Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 24 pelajar ponteng termasuk tiga pelajar perempuan ditahan di tempat perkelahan dalam satu operasi bersepadu

disertai 87 anggota penguatkuasa pelbagai agensi kerajaan pusat dan negeri di Pasir Puteh semalam.

    

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh Ismail Ghazali berkata pelajar Tingkatan 3 hingga 5 itu ditahan di tiga tempat perkelahan iaitu Jeram Linang, Jeram Pasu dan Jeram Ngaji.

    

"Sebahagian besar pelajar itu dari luar Pasir Puteh yang datang ke situ untuk bersuka ria," katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPD itu.

    

Beliau berkata sebilangan pelajar lagi sempat melarikan diri dan bersembunyi di atas bukit berhampiran pusat perkelahan berkenaan sebaik menyedari kehadiran anggota penguatkuasa.

    

Katanya, 15 motosikal milik pelajar berkenaan disita.  

    

Beliau berkata mereka kemudiannya diberikan kaunseling dan menjalani ujian air kencing sebelum diserahkan kepada sekolah masing-masing.  

    

Ismail berkata operasi bermula 7.30 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu di sertai anggota polis, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Kesihatan Daerah.

- Bernama

ADS