Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat M'sia dipenjara 8 minggu di Singapura

Seorang pemandu rakyat Malaysia, yang didakwa gagal menghentikan keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 13 April lepas, dihukum penjara lapan minggu.

Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia (CNA) melaporkan bahawa Koh Chin Had, 42, adalah pemandu ketiga yang ditahan kerana melanggar kawalan keselamatan di pusat pemeriksaan itu.

Koh berdepan dua pertuduhan iaitu gagal menghentikan kenderaannya di pusat pemeriksaan itu dan gagal mengemukakan pasport kepada pihak berkuasa.

CNA melaporkan bahawa pendakwaan hanya meneruskan kes pertama dan mempertimbang pertuduhan kedua Koh.

Koh mengaku bersalah dan dalam rayuannya memberi alasan dia tidak ada niat untuk memasuki Singapura, oleh itu tidak membawa pasportnya dan sebenarnya telah tersesat jalan.

Siasatan mendapati pada pagi 13 April, Koh berada di Johor Baharu dan bercadang memandu dari rumahnya ke sebuah tokong di bandar raya itu untuk bersembahyang namun tersesat sehingga ke Pusat Pemeriksaan Imigresen Johor Baharu (Malaysia).

Ketika kejadian, Koh tidak membawa pasportnya.

Dia kemudian berhenti di satu daripada pusat pemeriksaan imigresen di sebelah Johor Baharu serta memaklumkan pegawai bertugas untuk melakukan pusingan U untuk kembali ke arah Malaysia dan dia tidak membawa pasport.

Dia kemudian diarah melaporkan diri di balai polis Malaysia yang berdekatan dengan Pusat Pemeriksaan Imigresen Johor Baharu.

Bagaimanapun, Koh tidak berbuat demikian sebaliknya memandu ke arah Pusat Pemeriksaan Woodlands," demikian lapor CNA.

- Bernama

ADS