Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Keluarga allahyarham Kamarulnizam Ismail, pekerja yang meninggal dunia ketika ditahan di Penjara Tapah bulan lalu, mahu inkues di mahkamah terbuka dijalankan bagi menentukan sebab kematiannya.

Jurucakap Suaram Pulau Pinang Ong Jing Cheng ( kanan ) berkata, anggota keluarga, dengan sokongan beberapa NGO dan parti politik, menyerahkan memorandum lima perkara kepada ketua polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi .

Insiden itu berlaku pada 8 Mac.

Selain tuntutan melaksanakan inkues terbuka, Ong berkata, memorandum menuntut polis memberikan jawatan sebenar berhubung sebab kematiannya.

“Kami kecewa tiada tindakan konkrit diambil bagi menjelaskan kes ini.

"Kami harap insiden seperti ini tidak lagi berlaku,” katanya dalam sidang media di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) di Jalan Penang semalam.

Ong ditemani saudara lelaki Kamarulnizam, Kamaruzzaman, dan bapanya serta beberapa wakil rakyat di negeri itu.

[Baca berita penuh]

ADS