Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang mengekalkan kedudukannya sebagai presiden parti selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri dari pertandingan, menafikan bahawa keluarganya mengawal parti tersebut.

Keluarganya tidak melakukan sebarang manipulasi untuk memanipulasi parti, kata Wan Azizah dalam sidang media di ibupejabat parti tersebut di Tropicana, Petaling Jaya.

Jelasnya, Anwar memutuskan untuk menarik diri dari pertandingan kerana bimbang Jabatan Pendaftar Pertubuhan mungkin menghalang suaminya itu dari bertanding ekoran keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menyabitkan ketua pembangkang tersebut dengan tuduhan Liwat II.

Wan Azizah menjelaskan, Anwar mengemukakan pencalonan kerana pemimpin tertinggi parti berpendapat suaminya itu harus mengetuai parti tersebut, dan bukannya untuk menghalang peluang pamimpin lain.

Anwar memang benar-benar mahu bertanding, malangnya ia tidak dapat diteruskan kerana dijatuhkan hukuman berhubung Liwat II.

"Ya, kami demokratik... (jawatan presiden PKR) terbuka kepada seisapa saja, namun tiada yang mahu ke hadapan.

"Selepas 15 tahun sebagai presiden, kenapa baru sekarang nak persoal kemampuan saya,” kata Wan Azizah lagi.

[Baca berita penuh]

ADS