Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Barisan Nasional (BN) sedang menunggu kata putus daripada MCA sama ada parti komponen itu akan bertanding dalam

pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang bulan depan atau sebaliknya.

    

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata MCA sepatutnya bertanding dalam PRK itu memandangkan kerusi Bukit Gelugor merupakan kerusi tetap MCA.

    

"Buat masa ini kita (BN) belum dapat sebarang kepastian daripada MCA dan kita masih menunggu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Wilayah Persekutuan di ibunegara hari ini.

    

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, 17 April lepas akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

    

Dalam pilihan raya umum Mei 2013, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon MCA, Teh Beng Yeam.

    

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas hari ini menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor, penamaan calon, 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei.

    

- Bernama

ADS