Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tipu wanita, 'kasanova bersiri' dipenjara, sebat

Seorang juruteknik komputer yang digelar 'kasanova bersiri' dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di Georgetown hari ini setelah mengaku bersalah menipu seorang wanita dua tahun lepas.

    

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhi hukuman itu terhadap K Prabaharan, 45, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh dia ditangkap semula iaitu pada 2 Januari lepas.

    

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mengenali mangsa berusia 29 tahun yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah Tamil di Pahang melalui sebuah laman sosial pada dua tahun lepas.

    

Mangsa kemudian diperdaya tertuduh untuk menyerahkan wang RM16,000 sebagai bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Bank Rakyat, Jalan Magazine di Georgetown pada Disember 2012.

    

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala Prabaharan diwakili peguam Ravi Chandran.

    

Terdahulu, Ravi Chandran memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana tertuduh terpaksa menyara dua anak berusia 19 dan 20 tahun yang kini belajar di kolej serta isteri, seorang suri rumah.

    

Selain meminta mahkamah mengambil kira pengakuan salah Prabaharan yang menjimatkan masa dan kos dalam kes tersebut, beliau berkata tertuduh sudah insaf dan berazam untuk menjadi anggota masyarakat yang jujur.

    

-Bernama

ADS