Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tan Sri Khalid Ibrahim membidas MP Jelutong Jeff Ooi yang mendesak beliau dipecat ekoran krisis air di negeri, dengan menyatakan menteri besar itu tiada kuasa berbuat demikian.

"Saya rasa beliau tidak ada kuasa (desak saya dipecat)," kata Khalid dalam sidang media di Klang bagi menjawab kritikan wakil rakyat DAP itu terhadapnya dalam laman Facebook.

Ditanya sama ada tuntutan Ooi boleh dijustifikasi, Khalid menjawab: "Ini adalah isu kematangan dan kewibawaan seorang pemimpin."

Khalid juga menepis kritikan terbuka itu mempunyai niat mempengaruhi peluangnya dalam pemilihan parti PKR untuk merebut jawatan timbalan presiden.

"Saya tak nak menghubung kaitkan (dengan perkara itu), apabila saya buat (andaian) itu, mungkin saya pula yang membuat fitnah".

Kesal kerana bekalan air di rumahnya sering dicatu, Ooi kelmarin menuntut Khalid dipecat kerana didakwa gagal mengatasi masalah tersebut.

Ooi berkata, masalah itu menyulitkan urusannya hingga terpaksa “mandi kerbau” setiap kali pulang ke kediamannya di Subang Jaya, Selangor.

“Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang 'tidak guna' ini," tulisnya.

[Baca berita penuh]

ADS