Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pusat menyelamat sepatutnya dimaklum selepas 30 minit

MH370 Pusat penyelarasan penyelamat sepatutnya dimaklumkan tentang kemungkinan berlaku kecemasan dalam tempoh 30 minit hubungan dengan pesawat terputus, demikian menurut garispanduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ini menguatkan lagi kebenaran kritikan bahawa Malaysia lambat kerana mengambil masa kira-kira empat jam untuk memaklumkan kepada Pusat Mencari dan Menyelamat Kuala Lumpur (ARCC) mengenai pesawat MH370 hilang pada awal pagi 8 Mac bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Peraturan yang digariskan dalam Lampiran 11 dan Lampiran 12

Konvensyen Chicago mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, berkaitan dengan perkhidmatan kawalan trafik udara dan operasi mencari dan menyelamat.

Peruntukan di bawah Lampiran 11 menghuraikan tiga fasa berkaitan kecemasan udara dan juga kaedah mengenai bila untuk mengisytiharkannya. Ini dipanggil : 'Uncertain', 'Alert', dan 'Distress' mengikut urutan keadaan kecemaran.

Keselamatan pesawat dianggap sebagai "Uncertain (tidak pasti)" jika ia terputus komunikasi dalam masa 30 minit seperti yang dijangka, atau dalam masa 30 minit percubaan pertama untuk berkomunikasi dengan pesawat, gagal.

Ia kecuali "tidak wujud keraguan" bahawa pesawat dan dan penumpang dan kru selamat walaupun tiada komunikasi.

Di bawah Lampiran 12, ARCC sepatutnya bertindak balas dengan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan supaya sebarang laporan yang masuk mengenai pesawat, boleh dinilai dengan cepat.

Jika percubaan seterusnya untuk menghubungi pesawat gagal, Lampiran 11 selanjutnya menetapkan bahawa situasi kecemasan sepatutnya ditingkatkan ke fasa 'Alert', dan kemudian akhirnya 'Distress' jika percubaan seterusnya masih gagal.

Apabila di fasa 'alert', ARCC sepatutnya memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat pasukan, dan mereka digerakkan apabila kecemasan memasuki fasa 'Distress'.

Hubungan terakhir dengan MH370 adalah melalui radar di jam 1.21 pagi 8 Mac, dan ia mengambil masa 17 miit untuk pengawal trafik udara di Bandar Raya Ho Chi Minh untuk memberitahu rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur bahawa ia tidak mempunyai komunikasi dengan pesawat.

ARCC Kuala Lumpur hanya digerakkan pada jam 5.30 pago.

Dalam masa interim empat jam, pengawal trafik udara di Kuala Lumpur, Ho Chi Minh, Kemboja, Singapura dan lain-lain, berkomunikasi dengan satu sama lain untuk mencari maklumat mengenai pesawat tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS