Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Imigresen menyalahkan AirAsia akibat kesesakan teruk di pintu imigresen melibatkan kira-kira seribu penumpang di Terminal Kos Rendah (LCCT) di Sepang semalam.

Ketua pengarahnya Datuk Aloyah Mamat berkata hal ini berlaku kerana keengganan AirAsia berpindah ke terminal baru di KLIA2 pada 2 Mei seperti penerbangan lain dan mahu kekal di LCCT sehingga 9 Mei.

Kerana hal ini, penumpang AirAsia yang masih melalui LCCT terpaksa berurusan melalui kaunter imigresen yang telah berkurangan.

"Sebahagian besar pegawai imigresen telah pun ditugaskan di KLIA2 dan hanya beberapa kaunter antarabangsa dan Malaysia dibuka termasuk empat pintu automatik.

“Imigresen tidak dapat menempatkan bilangan pegawai yang ramai di LCCT kerana terpaksa menempatkan sebahagian besar pegawainya di KLIA2 memandangkan kebanyakan syarikat penerbangan telah pun berpindah ke KLIA2 kecuali AirAsia.

“Keengganan Air Asia menggunakan KLIA2 telah menyebabkan kesesakan ini,"kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini .

Aloyah menambah beberapa perbincangan diadakan dengan AirAsia untuk mendesak mereka berpindah ke KLIA2 tetapi gagal.

[Baca berita penuh]

ADS