Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS tidak akan mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal bersama untuk membuat sarana berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mohamad yang membacakan kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia juga bagi membolehkan jawatankuasa tersebut mengambil tindakan lanjut.

Tambanya, PAS bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk jawatankuasa teknikal di antara kerajaan Kelantan dan persekutuan.

Katanya, barisan jawatankuasa pusat PAS yang bermesyuarat terdahulu turut menyokong kerjasama melalui jawatankuasa teknikal tersebut.

“Oleh itu, cadangan untuk membentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat dalam persidangan Jun 2014 tidak akan diteruskan,” katanya.

Ketika ditanya, beliau juga menafikan bahawa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pilihan raya kecil Bukit Gelugor.

Usaha PAS untuk melaksana undang-undang tersebut sering menjadi bahan kempen utama oleh seteru politiknya, terutama MCA dan GERAKAN dalam pilihan raya.

[Baca berita penuh ]

ADS