Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas pendengaran lebih enam tahun, 41 aktivis dan seorang wartawan yang didakwa terlibat dalam perhimpunan haram semasa protes kenaikan harga barang pada 2008, hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Mat Ghani Abdullah berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Beliau kemudiannya mengarahkan 42 yang ditahan itu dibebaskan serta-merta.

Antara dibebaskan anggota Parlimen Batu Tian Chua dan bekas wartawan Malaysiakini Syed Jaymal Zahiid ( kiri ).

Mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara pada 26 Januari 2008.

Syed Jamal turut didakwa menghalang Cif Inspektor Effendi Abdul Rahman daripada menjalankan tugas apabila bertanya pegawai pasukan itu berhubung penahanan peserta perhimpunan.

[Baca berita penuh]

ADS