Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin peluang parti pemerintah dalam pilihan raya kecil Teluk Intan tidak terjejas dengan protes Pemuda Umno depan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di bilik operasi Gerakan di Teluk Intan hari ini, apabila menjawab "tidak" ketika ditanya sama ada protes itu menjejaskan sokongan calon BN Datuk Siew Keong dalam pilihan raya kecil itu.

"(Perkara) itu kita serah kepada polislah. Kalau Pemuda Umno buat kesilapan, mereka ambil tindakan.

"Negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan, jadi serahkan kepada polis untuk mengendalikan (kes ini)," katanya.

Setiausaha Agung Umno itu juga berkata pihaknya akan mendapat penjelasan daripada Pemuda Umno berhubung tindakan mereka berdemonstrasi dan mahu membakar ibu pejabat DAP yang dianggapnya "tidak beretika".

[Baca berita penuh]

ADS