Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Protes Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang menyerbu ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur adalah "harga yang perlu dibayar" DAP akibat wakil rakyatnya menggunakan perkataan yang "jijik dan berbaur kebencian".
 
"Apabila perasaan marah mula membara, inilah harga yang terpaksa dibayar apabila salah guna perkataan.
 
"Apabila YB KJ (Khairy Jamaluddin) mencabar wakil rakyat itu ulang perkataan yang sama di luar dewan (undangan negeri), beliau tidak berani mengulanginya dan ia kelihatan seperti beliau meyalah guna kekebalan dewan," katanya pada sidang media petang ini, di Teluk Intan.
 
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas tindakan Pemuda Umno menyerbu ibu pejabat DAP di Jalan Pudu, Kuala Lumpur selepas ADUN Seri Delima di Pulau Pinang, RSN Rayer dalam sidang dewan menggunakan istilah "celaka" terhadap beberapa pemimpin Umno.

"Dalam sebuah negara demokrasi kita boleh berbeza pendapat dan pandangan tetapi kalau kita mengizinkan mana-mana pemimpin parti menggnakan perkataan jijik, maka anggapan kepada orang yang guna perkataan itu (adalah) tidak matang dan tidak menghormati orang.
 
"Bagaimana nak harap dihormati orang lain kalau orang itu tak menghormati orang lain.
 
"Tentunya rasa terhiris ini sesuatu yang tak dapat dielakkan," katanya pada sidang media selepas Program Sepetang Menteri Dalam Negeri bersama warga RELA Teluk Intan.
 
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin menyifatkan serbuan itu sebagai "reaksi semulajadi" Pemuda Umno dalam "mempertahankan imej parti apabila dicabar dan tercabar".

ADS