Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Untuk DAP, malam tadi mereka bukan sahaja melawan BN di Teluk Intan tetapi juga berjuang mendapatkan penonton untuk ceramah besar pemimpin kanan Pakatan Rakyat ketika perlawanan akhir Piala Thomas berlangsung.

Bagaimanapun, ribuan peserta tetap hadir dalam ceramah berdekatan Bank OCBC di Jalan Mahkota yang menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang untuk pertama kali untuk berkempen.

Mereka malah berjaya mengumpul dana RM27,000 daripada penonton, termasuk seorang ahli perniagaan bermurah hati menderma RM20,000.

Pengerusi majlis mengumumkan kehadiran seramai 5,000 orang.

Seorang lelaki memberitahu, beliau dan seluruh anggota keluarganya hadir ke ceramah itu walaupun serentak dengan Piala Thomas yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia tewas dalam pertandingan akhir menentang Jepun malam tadi.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menggesa sokongan diberikan pada calon mereka Dyana Sofya Mohd Daud bagi mengekalkan momentum kemenangan di Bukit Gelugor, juga malam tadi.

“Ubah, satu kali lagi,” jerit seorang hadirin.

[Baca berita penuh]

ADS