Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sudah lapan hari berlalu selepas Mahkamah Tinggi Seremban mengeluarkan arahan kepada polis agar anak S Deepa - yang kini bersama bapanya yang memeluk Islam, Izwan Abdullah - dipulangkan kepada ibunya itu.

Mahkamah menetapkan kanak-kanak tersebut dipulangkan kepada ibunya selewat-lewatnya tengahari Khamis lalu, namun sehingga kini ia masih belum dilaksana.

Izwan melarikan kanak-kanak berusia enam tahun itu dari jagaan Deepa pada April lalu, dua hari selepas Mahkamah Tinggi memberi hak penjagaan kepada bekas isterinya itu.

Peguam Deepa, Joanne Leong ketika dihubungi berkata Mahkamah Tinggi Seremban mengeluarkan arahan mengambil kembali anak itu pada 21 Mei.

"Kami menerima salinan arahan kepada polis Bukit Aman itu pada 23 Mei. Polis berkata mereka perlu merujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

"Bagaimanapun sehingga hari ini, mereka masih tidak mengambil keputusan sama ada untuk membantu melaksanakan arahan tersebut," kata beliau kepada Malaysiakini.

Seorang lagi peguam Deepa K Shanmuga turut berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan menasihatkan polis untuk menuruti arahan Mahkamah Tinggi itu khasnya kerana arahan itu hadir di bawah Seksyen 53 Akta Kanak-kanak 2001.

"(Seksyen) Ini khas kepada polis untuk membantu mengambil semula kanak-kanak itu," kata beliau.

[Baca berita penuh]

ADS