Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat Johor tetap bertegas supaya pembentangan Rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) ditangguhkan.
 
Gesaan itu dibuat walaupun Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah mengumumkan pindaan dengan memasukkan peranan sultan atas nasihat menteri besar.
 
Dalam sidang media hari ini, mereka berkata, rang undang-undang itu mempunyai beberapa kelemahan yang membolehkan amalan rasuah dan salah guna kuasa berlaku.
 
Justeru, pembangkang negeri menggesa kerajaan negeri tidak membentangkan rang undang-undang itu esok, sebaliknya membentuk jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menelitinya.
 
Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau (atas) selepas mesyuarat tergempar membincangkan perkara itu selepas menteri besar mengumumkan akan memindanya petang tadi.
 

 

 
ADS