Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MKPN: RUU harmoni bukan anti-Islam
Diterbitkan:  Jun 9, 2014 9:48 AM
Dikemaskini: 2:43 AM

Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN) menegaskan tiga rang undang-undang yang sedang dirangkanya tidak bertujuan untuk mempersoal atau bercanggah dengan mana-mana peruntukan dalam perlembagaan. 
 
“Justeru, adalah tidak benar kalau ada yang berpendapat bahawa undang-undang ini akan mencabar atau mempersoalkan kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu atau kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan dua anggotanya hari ini.
 
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar MKPN Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar Lim Chee Wee.

Rang undang-undang yang sedang dirangka itu adalah Rang Undang-undang Jenayah Kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, Rang Undang-undang Harmoni dan Rekonsiliasi serta Rang Undang-undang Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.
 
Ia kini pada peringkat perundingan dengan khalayak dan akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat MKPN akan datang.
 
“Sekiranya diluluskan, undang-undang ini akan menjadi instrumen penting dalam meminimumkan dan mengelakkan konflik kaum dan agama,” kata Mujahid dan Lim lagi.

ADS