Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
C4 cabar exco minum air lombong
Diterbitkan:  Jun 16, 2014 5:36 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

NGO anti rasuah Pusat Penggempur Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa anggota exco Selangor membuat demonstrasi minum air dari tasik lombong untuk membuktikan tahap keselamatan bekalan tersebut.

Pengarah C4 Cynthia Gabriel berkata ia bagi meyakinkan pengguna ekoran kenyataan bercanggah yang timbul berhubung kandungan logam berat dalam tasik lombong berkenaan.

“Bagaimana penduduk Selangor dapat diyakinkan bahawa air minuman mereka 100 peratus selamat.

"Pendedahan lengkap kesemua ujian yang dijalankan itu mesti dipercepatkan, selari dengan ketelusan dan kebertanggungjawab...," katanya.

“Mungkin ubat paling baik untuk menghilangkan sebarang kesangsian adalah jika exco Selangor menunjukkan jalan dan membuat demonstrasi minum sampel air ini di acara umum," kata Gabriel.

Tambahnya, persidangan Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (Selcat) juga secara "tergesa-gesa" mengumumkan bahawa kes tersebut dianggap selesai.

Janji oleh kerajaan negeri untuk mendedahkan semua ujian di DUN juga "sudah terlambat", katanya.

Menurutnya lagi, C4 akan memfailkan permohonan mengikut peruntukan kebebasan maklumat agar Lembaga Urus Air Selangor mendedahkan semua hasil kajian ke atas air lombong berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS