Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk kawasan Guan Eng bakal diusir
Diterbitkan:  Jun 17, 2014 11:59 AM
Dikemaskini: 4:03 AM

Seramai kira-kira 70 orang penduduk Kampung Bagan Ajam, dalam kawasan parlimen diwakili ketua menteri Pulau Pinang, berhimpun hari ini bagi membantah operasi pengusiran oleh satu syarikat pemaju swasta.

Penduduk berkenaan menerima notis pengusiran itu daripada pemaju pada November tahun lalu.

Operasi itu melibatkan kira-kira 200 orang penduduk dari 50 keluarga, yang diminta berpindah dari tanah persendirian tersebut.

Seorang jurucakap kumpulan tersebut, Wong Sek Li, 40, berkata mereka turut membantah jumlah pampasan antara RM7,000 hingga RM25,000 yang ditawarkan kepada setiap keluarga.

"Kita sudah bertemu ADUN Sungai Puyu Phee Boon Poh. Phee berkata beliau tidak boleh melakukan apa-apa, dan dia hanya boleh bantu atur pertemuan dengan pemaju.

"Kami tidak mahu apa-apa perobohan atau pengusiran dijalankan sehinggalah kami mendapat pampasan setimpal, iaitu sebuah rumah sebagai ganti," kata Wong.

"Mereka hanya tawarkan antara RM7,000 dan RM25,000 untuk setiap keluarga, ini tidak memadai kerana kami sudah tinggal di sini lebih 50 tahun.

"Nenek moyang kami membayar wang untuk tanah di sini, sebelum mereka membina rumah, jadi (pemaju) tidak boleh memaksa kami keluar," kata Wong.

[Baca berita penuh]

ADS