Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa keputusan Kabinet pada tahun 2009 masih lagi digunapakai - bahawa penukaran agama anak bawah umur secara sepihak tidak boleh dilakukan.

"Pendirian Kabinet, pada masa itu, seperti juga sekarang dalam isu hak jagaan dibangkitkan kerana penukaran agama. Kita perlu hormati agama asal ibu bapa berkenaan ketika mereka berkahwin," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, isu bersabit perlembagaan persekutuan berhubung perkara ini masih dalam pertimbangan, katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang berkata penukaran agama sepihak itu selari dengan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita penuh]

ADS