Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 14 penyokong Umno yang meluru masuk semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan lalu didakwa di mahkamah majistret hari ini atas tuduhan menceroboh.

Mereka mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh ke dalam DUN tersebut pada 12 Mei.

Kumpulan berkenan menceroboh masuk ke ruang persidangan berkenaan pada hari itu untuk mencari ADUN Seri Delima RSN Rayer.

Tertuduh berkenaan merupakan Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad@Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohamad Yusmadi Mohad Yusof, 34, Mohd Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51, dan Mohamed Ibrahim A Siahoo, 31.

Kesemua 14 orang individu tersebut dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang, manakal Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan tarikh 22 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh ketua unit pendakwaan negeri Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Abu Bakar AS Sidek dan Wan Nazri Othman.

Tertuduh turut diiringi para penyokong yang memenuhi galeri awam sehingga menyebabkan polis terpaksa meminta petugas media beredar dari ruang mahkamah.

Kesemua 14 individu tersebut merupakan anggota Pemuda Umno dan PERKASA.

[Baca berita penuh]

ADS