Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail akan memohon agar pendakwaan ke atasnya digugurkan.

Peguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut pada 30 September.

Pihak pembelaan juga akan mengutuskan surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar pendakwaan tersebut digugurkan, katanya di mahkamah.

Oleh yang demikian, beliau memohon agar perbicaraan itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Permohonan itu bagaimanapun ditolak oleh hakim perbicaraan Norsyaridah Awang yang memutuskan bahawa perbicaraan akan diteruskan seperti dijadualkan sebelum ini, bermula hari ini hingga 26 Jun.

Mohamad Salleh, yang juga suami kepada bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, didakwa atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Shafee berkata beliau tidak berpuas hati kerana keputusan itu bertentangan dengan prinsip.

[Baca berita penuh]

ADS