Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan aktivis siswa Adam Adli Abd Halim membela diri atas tuduhan hasutan yang dihadapi anak muda itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah berkata pendakwaan membuktikan kes prima facie ke atas Adam Adli dan terdapat "unsur hasutan" dalam ucapannya pada 13 Mei tahun lalu.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 22 Julai.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Adam Adli berkata beliau sudah menjangka keputusan mahkamah hari ini kerana tidak banyak yang boleh dibuktikan melalui Akta Hasutan 1948.

Katanya, tekanan perlu diteruskan ke atas agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan.

 

Tambahnya, peruntukan Akta Hasutan itu tidak mengambil kira niat dan kesan dan sesuatu kenyataan.

“Selagi anda menyebutnya dan mereka rasa ia menghasut, mereka akan dakwa. Jadi tidak banyak yang boleh dibuktikan dan tiada apa yang boleh dibantah," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS