Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) Datuk Johari Abdul berkata parti itu terbuka untuk menerima bantahan daripada anggotanya termasuk mengheret mereka di mahkamah berkaitan pemilihan parti itu.

Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran untuk mengemukakan bantahan kepada Jawatankuasa Rayuan atau Majlis Pimpinan Pusat jika tidak berpuas hati pada proses pemilihan parti.

"Terbuka kepada mana-mana ahli, sama ada nak buat laporan kepada ROS ke, buat laporan polis ke. Tapi ingat, kalau yang mengadu itu ahli, dia terikat dengan peraturan parti.

"Jika ahli tidak mengemukakan bantah, permasalahan kita disebarkan dalam media, menyerang kita, dia boleh diambil tindakan," katanya.

Ahli Jawatankuasa PKR Ampang Nasharudin Md Isa hari ini dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membatalkan keputusan pemilihan PKR bagi cabang itu.

Menurut Selangorkini , saman yang difailkan menerusi tetuan Patrick Dass & Co itu menamakan tiga defendan, iaitu Johari, JPP dan Ketua Cabang Ampang Zuraida Kamaruddin.

Tak benar bertanding

Menegaskan parti tidak pernah menutup ruang bantahan, Johari berkata ahli juga perlu memahami bahawa kepimpinan parti memberikan tempoh kepada JPP menyelesaikan isu berkaitan pemilihan sebelum kongres PKR.

"Kita ada timeline . Kita tidak boleh melangkaui (tarikh) kongres. Ia tidak bermaksud kita tutup komplen anggota," katanya yang juga ahli . Kongres PKR akan berlangsung pada 22 Ogos ini.

Sementara itu, Johari menegaskan pihaknya tidak membenarkan tiga calon yang menawarkan diri merebut jawatan ahli jawatankuasa bagi cabang Sepang sekalipun rayuan dibuat.

Katanya, mereka ialah Tiw Soong Bing, Nor Azmi Saonan dan John Ambanatahan Krishnan kerana didakwa mengoyak dan mengajak orang mengoyak kertas undi pada pemilihan sebelum ini.

"Saya tidak jangka ia berlaku secara spontan. Koyak (kertas undi).. Kalau tak suka kertas undi kerana reka bentuk, kena beritahu. Bukan koyak depan orang dan mengajak orang lain turut sama.

"Kita tiada kuasa untuk pecat keahlian. Orang lain yang akan ambil tindakan itu. Yang pasti JPP tidak benarkan mereka bertanding. Mereka hilang kelayakan bertanding," katanya.

ADS