Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas ditahan selama lima hari, rakyat New Zealand Natalie Lowrey, yang merupakan penduduk tetap Australia, dibebaskan petang ini tanpa sebarang keputusan daripada pihak berkuasa sama ada untuk mendakwanya di mahkamah, kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Abdul Aziz berkata, Natalie dibebaskan tanpa syarat atas jaminan polis, pasportnya dipulangkan dan dia boleh meninggalkan Malaysia.

Lowrey ditahan bersama dengan ketua Himpunan Hijau Wong Tack semasa kempen anti-Lynas Ahad lepas serta 14 orang yang lain.

Abdul Aziz berkata aktivis asing itu disiasat di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Imigresen kerana didakwa tinggal melebihi tempoh, dan polis telah menyiapkan siasatannya.

[Baca berita penuh]

ADS