Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Keputusan berkaitan Herald tak ikat yang lain'

Keputusan mahkamah dalam kes The Herald yang tidak menyebelahi masyarakat Kristian tidak harus menjadi duluan untuk kes terkini melibatkan masyarakat Kristian Melanau, kata seorang peguam.

Peguam kepada Jill Ireland Lawrence Bill – yang memohon arahan membatalkan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi merampas CD berkaitan Kristian yang menggunakan kalimah Allah pada 2008 – berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Kes Jill itu yang pertama sejak mahkamah Persekutuan pada Isnin minggu lalu menolak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan pengharaman KDN terhadap The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2012 menimbulkan kebimbangan masyarakat Kristian kerana ia berkaitan masalah teologi, yang ke tahap menganggap kalimah Allah tidak penting kepada penganut Kristian.

Walaupun Mahkamah Persekutuan enggan mengubah keputusan larangan itu, ia juga menyebut bahawa kenyataan dalam keputusan Mahkamah Rayuan itu semata-mata “obiter”, iaitu hanya pandangan dan tidak terikat sebagai duluan.

Peguam Jill, Lim Heng Seng, hari ini menggunakan hujah sama bagi menyokong kesnya.

Menurutnya, Pejabat Peguam Negara telah berkata bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya tertakluk kepada The Herald berbahasa Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS