Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya kalahkan MB cara adil, tiada sabotaj'
Diterbitkan:  Jun 30, 2014 1:23 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Ketua PKR Cabang Kuala Selangor S Manickavasagam menempelak Setiausaha Politik Menteri Besar Azman Abidin yang mahu mengadakan pemilihan semula cabang itu.

Beliau berkata telah memenangi pertandingan itu secara adil tanpa sebarang unsur sabotaj.

"Pengiraan undi di Cabang Kuala Selangor dari jam 9 malam sehingga 9 pagi. Tak berlaku penipuan. Kami tak setuju kalau ada pemilihan semula.

"Azman cakap ada penipuan. Orang di sini (sebaliknya) buat keputusan percaya dengan saya," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Minggu lalu, Azman memberitahu media bahawa pihaknya bersedia menyahut cabaran Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk membuat aduan berhubung wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang PKR Kuala Selangor.

Bagaimanapun, Azman berkata pihaknya mahu JPP membuat pemilihan semula kali ketiga cabang itu dan bukan pengiraan semula undi.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang apabila tewas kepada Manikavasagam, bekas ahli Parlimen Kapar.

Khalid memperoleh 515 undi berbanding Manikavasagam, atau lebih dikenali sebagai Mike, yang mendapat 701 undi pada pemilihan yang diadakan Ahad lalu.

ADS