Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rayuan pihak pendakwaan dalam kes berkaitan seorang pemimpin PKR yang terlibat dalam perhimpunan 'Black 505', yang dijadual didengar esok di Mahkamah Persekutuan, ditimpa masalah tidak disangka-sangka.

Dalam keputusan yang dianggap penanda aras, Mahkamah Rayuan membebaskan Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.

Keputusan itu diambil selepas Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) diisytihar bertentangan dengan perlembagaan, batal dan tidak sah.

Pejabat Peguam Negara kemudiannya merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan dalam dilema ekoran satu lagi keputusan penanda aras dalam kes pendakwa raya lawan Siow Chung Peng, yang melarang mahkamah Persekutuan mendengar kes daripada Mahkamah Sesyen.

Nik Nazmi asalnya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Ekoran itu, Pejabat Peguam Negara memohon kepada Mahkamah Persekutuan lebih masa untuk mengkaji kes itu.

Peguam Nik Nazmi, N Surendran ( atas ), memaklumkan pemberita berhubung penangguhan itu hari ini.

“Penangguhan itu diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan,” kata Surendran.

[Baca berita penuh]

ADS