Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Larangan bantu pengemis kuatkuasa selepas raya

Larangan terhadap kumpulan pemberi makanan percuma kepada golongan gelandangan dan miskin tidak akan dikuatkuasakan sehingga selepas sambutan Hari Raya.

Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, mereka akan dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan jarak dua kilometer, yang pada mulanya diisytiharkan sebagai kawasan larangan untuk berbuat demikian.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Adnan Mat Ikhsan

memberitahu demikian dalam sidang media selepas bermesyuarat dengan 12 NGO di Putrajaya.

Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 29 Julai.

Adnan berkata kementeriannya juga akan menganjurkan sebuah makmal dan menjemput NGO mengambil bahagian dalam merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang mengenai isu itu.

"Kami faham, beberapa NGO menghadapi masalah kewangan, kita juga boleh berbincang mengenainya di sana."

 

Ditanya mengapa Lot 10 dipilih sebagai pusat tumpuan, Adnan

berkata ini adalah kerana pusat membeli-belah Bukit Bintang terletak "di tengah-tengah bandaraya", dan kawasan ini juga merupakan tempat tumpuan pelancongan.

Antara NGO yang hadir adalah Kechara Soup Kitchen, Pertiwi Soup Kitchen dan Dapur Jalanan.

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor tidak hadir di mesyuarat tersebut

Pengasas Kechara Soup Kitchen, Ruby Khong berkata, Kechara akan bertemu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur esok, bagi membincangkan lebih lanjut perkara tersebut.

 

Manakala pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid pula menggesa kerajaan untuk membezakan antara golongan gelandangan dan pengemis yang mungkin dikawal oleh sindiket.

[Baca berita penuh]

ADS