Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Aktivis Dapur Jalanan, Adam Adli Abdul Halim berkata dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa sejumlah besar pengemis di Kuala Lumpur terdiri dari warga asing bercanggah dengan hasil kajian kerajaan sebelum ini.

Katanya, kajian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2010 menunjukkan seramai 99.3 peratus dari warga gelandangan yang ditemubual terdiri dari rakyat Malaysia.

“Angka ini diperoleh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri.

“Jadi saya tidak faham bagaimana badan yang bertanggungjawab ke atas kebajikan sosial tidak mengambil inisiatif untuk memperbetulkan salah anggap ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS